Thursday, January 10, 2008

Bermulanya Cari Menantu 2

oleh Farrah Adeeba
Dec 03, 2007 at 11:34 AM

Cari Menantu musim ke-dua dah kembali. Macam biasa perjalanan bermula dengan sesi uji bakat.

Sebenarnya apa yang penonton lihat di kaca tv adalah gabungan hasil usaha tiga “team”, pertama team ujibakat yang bertapak di dewan hotel, kedua team pengacara, ketiga team wartawan yang menemubual ulama dan orang ramai.

Hakikatnya misi kami tak semudah seperti yang disangka. Namun kenangan musim pertama membuatkan saya tak sabar untuk mencari MENANTU lagi.

Kumpulan saya terdiri daripada pengarah, Azmi, seorang juru teknik, Firdaus & saya sendiri. Apa yang menariknya tahun ini kami perkuatkan 3 episod permulaan dengan kisah-kisah benar serta tips pasangan bahagia.

Pada episode pertama, di Perak saya sempat bersama pasangan Hj Tahir/atok dan isteri/opah. Tetapi apa yang menarik di sana adalah pasangan daripada dua bangsa. Suami berbangsa Irish (Charlie/abang Ali…) dan si isteri (kak Mona), Perak mali. Selepas berbual, baru saya tahu bahawasanya cara hidup masyarakat di Ireland sebenarnya lebih kurang sama seperti orang Malaysia, contohnya, dianggap tidak manis sekiranya pasangan yang belum bernikah terlalu akrab, anak gadis dilarang berpakaian terdedah dan tetamu sentiasa dilayan dengan mesra, macam di Malaysia. Hrmmm, sememangnya konsep ‘sekufu’ (i.e. seseorang itu digalakkan berpasangan dengan individu yang sama latarbelakangnya) jelas penting didalam membina sesebuah perhubungan. Ini buktinya… rasa seronok tengok abang Ali & kak Mona bersama. Terus teringat suami di Kuala Lumpur…heh...heh…Bayangkan ini baru hari pertama……

Di Pulau Pinang pula kami meneruskan aktiviti menerjah kenduri kahwin untuk melihat adat tempatan setiap negeri yang dikunjungi …. Inilah indahnya rakyat negara kita, sentiasa menyambut tetamu dengan tangan & hati terbuka walaupun tetamu datang mengejut, siap berkamera…. Dah la buat majlis yang diterjah macam kenduri keluarga sendiri. Terima kasih banyak Farrah ucapkan kepada semua keluarga yang menerima kami tempoh hari.

Namun pengalaman bersama “Ami Che Lah” tak mungkin saya lupa….. Sampaikan sehingga saat ini, setiap kali saya terkenangankan kisah Ami, pasti saya sebak. Inilah dia kisah Romeo & Juliet dalam erti kata sebenar…kasih tidak berbelah bahagi seorang suami kepada si isteri. Walaupun jasad sudah tidak bersama, namun cinta dan setiap kenangan sentiasa jelas bagaikan baru berlaku sesaat tadi. Memang ada cinta sejati & memang wujud didalam dunia realiti. Kalau nak tahu apa kisahnya kenalah bersama Cari Menantu episod pertama. Farrah sangat yakin Ami akan bertemu kembali Amati Bibi, tetapi kali ini di tempat yang tak mungkin Ami dan Amati berpisah lagi. Sekali lagi saya doakan biar cinta saya dengan suami juga semurni ini. Kepada penonton pula, moga apa yang kami paparkan dapat dijadikan pendorong untuk membina keluarga yang saling kasih mengasihani. Amin.

Jumpa lagi.